WELCOME!

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH WABARAKATUH

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya. walaupun keadaan yang tidak seberapa, namun saya akansedaya upaya untuk meng'update'nya. InsyaAllah dengan izin-Nya.

untuk semuaaa...........

walauPun dImAna kITa BeRada
PerLuLAh diIngAt:
daRi MAna KiTA daTang,
KEmanA Kita AkAn PeRgi!

Iklan

tepi

asma ul- husna

Sunday, April 25, 2010

TANDA AWAL KEMUNAFIKAN SESEORANG

Abi Darda' r.a: "Sesungguhnya tanda awal kemunafikan seseorang ialah ketika dia mencela pemimpinnya." (Ibnu Abdil Baar dan At Tahmid).

Kepada Sahabat yang minat berbincang dan berbahas isu Politik. Berbincanglah dengan ilmiah dan berhikmah. Janganlah anda mengherdik atau mencerca pemimpin, baik di kalangan Pembangkang ...atau Kerajaan. Janganlah mengaibkan pemimpin dengan meng'edit' gambarnya dan disebarkan di khalayak ramai.

Nabi s.a.w. bersabda: Sesiapa yang menutup
(keburukan) seorang Muslim, Allah tutup (keburukannya) di dunia dan
akhirat. (Riwayat Muslim).

Taatlah dan hormatilah pemimpin anda selagi mereka masih melakukan sesuatu yang tidak bertentangan dengan Agama atau merugikan masyarakat. Sekiranya ingin menegur, tegurlah dengan ilmiah dan penuh kasih sayang.

Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang ingin menasihati pemimpin dalam suatu perkara, maka janganlah disebarkan (diekspos) secara terang-terangan, akan tetapi peganglah tangannya dan ajaklah dia berbincang dengan diam-diam. Jika dia menerima, maka itu diharapkan, jika tidak maka sesungguhnya dia telah menunaikan kewajipannya." (HR: Imam Ahmad)

No comments:

Post a Comment