WELCOME!

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH WABARAKATUH

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya. walaupun keadaan yang tidak seberapa, namun saya akansedaya upaya untuk meng'update'nya. InsyaAllah dengan izin-Nya.

untuk semuaaa...........

walauPun dImAna kITa BeRada
PerLuLAh diIngAt:
daRi MAna KiTA daTang,
KEmanA Kita AkAn PeRgi!

Iklan

tepi

asma ul- husna

Thursday, October 28, 2010

BER"COUPLE"???

  Couple?? sudah menjadi lumrah dalam dunia remaja masa kini. Kalau kita lihat disekeliling kita, dimana-mana sahaja ade sahaja pasangan yang sedang berdating. Itu lah dunia masa kini. Kalau kita kata couple itu haram, mereka yang bercouple ini pon terus melawan dengan menyatakan bahawa "takkan kawin dulu baru bercinta,kalu gitu bila pulak kita nok kenal, kita couple dulu, kenal-kenal dulu baru lah kawin, mana ada islam haram kan couple" itu lah jawapan yang diberi oleh generasi masa muda. Itulah generasi muda yang selalu melenting tanpa berfikir panjang. Disini saya ingin ulaskan hukum bercouple.
     Ber"couple" yang dimaksudkan adalah berdua-duaan antara seorang lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya. Rasulullah saw bersabda bermaksud ;"sesiapa yang beriman kepada Allah dan ahri akhirat,maka janganlah ia berkhalwat dengan seorang wanita tanpa ada mahram wanita tersebut kerana syaitan menjadi orang ketiga diantara mereka berdua."( Riwayat Ahmad dari Jabir,3/339)
     Rasulullah saw bersabda: "janganlah seorang lelaki berkhalwat dengan seorang wanita kecuali jika bersama dengan mahram wanita tersebut". Lalu berdirilah seseorang  dan berkata:" Wahai rasulullah, isteriku keluar untuk berhaji dan aku telah mendaftarkan diriku untuk berjihad dalam perang ini dan itu". Maka rasulullah saw bersabda :"kembalilah dan hajilah bersama isterimu". (Riwayat al-bukhari no.5233 dan muslim,2/975)

    Apakah yang dimaksudkan oleh nabi, " syaitan menjadi orang ketiga diantara mereka berdua"??? Al-Munawi berkata," iaitu syaitan menjadi perantara(  orang ketiga) diantara keduanya dengan membisikkan kepada mereka (supaya melakukan maksiat) dan menjadikan syahwat mereka berdua bergejolak dan menghilangkan rasa malu daripada kedua-duanya serta menghiasi kemaksiatan hingga nampak indah dihadapan mereka berdua. Akhirnya syaitan menyatukan mereka berdua dalam kenistaan (berzina) ataupun setidak-tidaknya menjatuhkan mereka dalam perkara yang lebih ringan daripada zina iaitu perkara pembukaan zina iaitu hampir menjatuhkan mereka kepada perzinaan". (faid al-qadir)
      Manakala dalam quran pula, Allah berfirman bermaksud "janganlah kamu menghampiri zina". Allah menyatakan dalam al-Quran dengan perkataan "janganlah menghampiri zina" bermaksud segala perbuatan yang boleh terjadinye perzinaan seperti berdating, menonton filem lucah dan sebagainya. Sebagai contoh, sekiranya mak kita berkata " jangan pergi mandi sungai" adakah itu satu larangan atau sekadarnya pemberitahuan. Sudah tentu ia nya satu larangan. Jadi hukum nya berdosa sekiranya kita melanggar arahan itu. Ini ape lagi larangan daripada Pencipta kita sendiri.
    Jadi marilah kita berfikir sejenak sejauh mana iman dan amalan kita terhadap Allah swt. Marilah kita renungkan bersama-sama... FIKIR-FIKIRKANLAH DAN SELAMAT BERAMAL..

kredit to my friend, kamarul imran.

Friday, October 8, 2010

hidup ini indah....

Hidup ini begitu indah..
penuh dengan gelak tawa,
penuh dengan gurau senda,
tapi tidak lupa juga dengan tangis hiba.
itulah adunan yang menjadikan hidup ini amat bermakna..
kadang-kadang kita akan merasa amat tertekan dengan masalah yang
menimpa diri kita,
namun kita tidak mengetahui bahawasanya masalah itulah yang mematangkan kita.
rasa marah serta buntu menyelubungi hidup kita pabila dilanda masalah.
namun kita seharusnya berfikiran positif serta banyakkan bersyukur.
Bersyukur??
kenapa kita perlu bersyukur padahal kita ditimpa masalah??
Kita perlu bersyukur kerana Allah telah memilih kita untuk menghadapi dugaan(masalah) itu.
Sebenarnya sesuatu yang kita anggap sebagai masalah itu merupakan ujian Allah terhadap hamba-hambanya
untuk menguji tahap keimanan hambaNya.
jadi, kita hendaklah sentiasa bersyukur serta menyelesaikan sesuatu dugaan ataupun masalah dengan sebaiknya kerana setiap masalah ada hikmahnya..
Bersyukurlah kita kerana terpilih oleh Allah SWT untuk menerima dugaanNya..