WELCOME!

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH WABARAKATUH

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya. walaupun keadaan yang tidak seberapa, namun saya akansedaya upaya untuk meng'update'nya. InsyaAllah dengan izin-Nya.

untuk semuaaa...........

walauPun dImAna kITa BeRada
PerLuLAh diIngAt:
daRi MAna KiTA daTang,
KEmanA Kita AkAn PeRgi!

Iklan

tepi

asma ul- husna

Thursday, January 27, 2011

Terima Kasih Semua..

Alhamdulilah, setelah sekian lama tidak mengupdate blog ini, akhirnya saya berkesempatan mengupdatenya pada hari ini.. sedar tak sedar sekejap sahaja masa berlalu meninggalkan kita.. persoalannya adakah kita menggunakan masa yang dilalui dengan sebaiknya atau sekadar biarkan ia berlalu tanpa kita sedarinya..
Saya begitu bersyukur kepada Allah SWT kerana memberikan saya saya kesempatan unutk masih bernafas pada masa ini.. Terima kasih atas segala nikmat Islam, Iman dan kesihatan yang diberikan kepada saya.. 


Terima kasih juga kepada-Mu ya Allah kerana membenarkan kami bernafas dengan udara yang Kau berikan untuk kami bernafas. Betapa besarnya nikmat yang Kau berikan tapi kami jarang sekali bersyukur kepadaMu.
 Semalam maka genaplah umurku 20 tahun berada di atas muka bumi ini. Takkanku sia-siakan peluang yang Engkau berika ini. Akan ku gunakan masa kurniaan Mu ini dengan sebaiknya demi kebaikan untuk manusia sejagat khususnya kepada umat Islam yang aku kasihi sekalian. 
Sekarang aku melaui satu fasa lagi dalam kehidupan dalam hidup ini iaitu fasa dewasa.. Fasa bayi, kanak-kanak dan remaja telahku lalui dan sekarang fasa dewasa akan aku tempuhi. Semoga dengan adanya teman dan para sahabat di sekeliling menjadikan aku lebih matang dalam menempuhi hari-hari yang mendatang. IsyaAllah akanku gunakan kesempatan masa ini dengan sebaiknya.. Kepada teman-teman yang sentiasa berada disisi, ucapan terima kasih kepada kalian kerana mengucapkan selamat hari lahir kepadaku semalam dan mendoakanku juga. Aku juga mendoakan agar kita semua berjaya hendaknya.. IsyaAllah.. semoga bertemu lagi.. semoga ukhwah yang dibina ini akan brkekalan hendaknya..